Empat bayi yang dilahirkan di India, Filipina dan Rusia semalam dipilih sebagai simbolik penduduk dunia yang ketujuh bilion. 
Pemilihan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  meramalkan jumlah penduduk dunia akan menjadi tujuh bilion semalam. 
Di negeri Uttar Pradesh, seorang bayi, Nargis dipilih secara simbolik  oleh Lembaga Perancangan India sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.
Pemilihan itu dibuat bagi mengetengahkan masalah pengguguran bayi perempuan di India.
   | 
AP SETIAUSAHA Lembaga Perancangan India, Arti Kirloskar menyampaikan sijil kelahiran kepada ibu bayi Nargis yang dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion di Mall, India semalam.  | 
VOLKSWAGEN TERBARU-JETTA UNTUK ANDA>KLIK SINI
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
Sebanyak tujuh juta janin perempuan dianggarkan telah digugurkan  kerana dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi berbanding janin lelaki.
Di Filipina, bayi seberat 2.5 kilogram yang dinamakan Danica May  Camacho dililih secara simbolik sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.
Bayi itu dilahirkan dua minit selepas tengah malam kelmarin.
Kelahirannya di bilik bersalin Hospital Memorial Jose Fabella di sini mendapat liputan meluas pihak media.
"Bayi ini kelihatan sangat comel," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya.
"Saya tidak percaya bahawa dia ialah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.
Bayi berkenaan merupakan anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.
   | 
AP BAYI DANICA CAMACHO didukung oleh ibunya, Camille semasa bapa bayi itu, Florante Galura membawa kek selepas anaknya dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion dunia di Hospital Fabella, Manila semalam.  | 
Pasangan itu bersama bayi berkenaan turut diraikan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan  termasuk biasiswa pendidikan bagi bayi tersebut dan satu pakej bagi  membolehkan pasangan itu memulakan perniagaan runcit.
VOLKSWAGEN TERBARU-JETTA UNTUK ANDA>KLIK SINI
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan  berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bayi keenam  bilion di dunia pada 1999.
Seorang bayi bernama Pyotr yang dilahirkan pada pukul 0002 semalam di  pelabuhan Kaliningrad, Rusia turut dipilih secara simbolik sebagai  penduduk yang ketujuh bilion.
Pemilihan itu turut disahkan oleh perwakilan PBB dalam satu majlis  memberikan sijil kepada bayi berkenaan yang dilahirkan oleh ibunya,  Marina Nikolaeva.
Namun, di bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, seorang bayi lelaki  bernama Aleksandr didakwa sebagai penduduk ketujuh bilion kerana dia  dilahirkan pada pukul 0019 pagi semalam, menurut agensi berita Interfax.
VOLKSWAGEN TERBARU-JETTA UNTUK ANDA>KLIK SINI
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI


