Dahselamat nikah si Syuhada ni..semalam baru tengok die dekat tv3...mengacarakan Majalah3...Semoga terus berbahagia
Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat  diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di  Binjai On The Park, KLCC,Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul  iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC  selepas solat Isyak.
 Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang  diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang  hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,”
Majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid &  Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah  adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill 
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media  sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai  depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala  Lumpur.