Para doktor di China telah berjaya membedah seorang remaja 15 tahun bagi mengeluarkan pedang 20 inci yang 
tertusuk di kepalanya.Zhang Bin berkata bahawa dia telah mengajak rakan-rakannya untuk ke  rumahnya dan salah seorang daripada mereka telah membawa sebilah pedang  Jepun.
 Ketika mereka sedang bermain dengan pedang tersebut, ianya terlepas  dan tertikam Zhang di bahagian antara matanya, menusuk  sekurang-kurangnya dua inci di bahagian dahi.
“Tiga rakan sekelas datang ke rumah saya. Ketika itu, rakan saya yang  sedang bermain dengan pedang tersebut adalah 10 kaki dari saya. Saya  tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Secara tiba-tiba, saya terasa sakit  dan darah mula keluar dan mengalir ke muka saya,” kata Zhang.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan, tetapi doktor berkata  bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk mengalihkan pedang tersebut. Zhang  kemudiannya dihantar ke hospital di Changsha, perjalanan yang mengambil  masa empat jam.
Di sana, pedang itu berjaya dialihkan dan Zhang dijangka pulih tidak  lama lagi. “Dia bernasib baik kerana pedang tersebut tidak merosakkan  arteri di bahagian tengkorak ataupun mana-mana saraf, jika tidak, nasib  Zhang mungkin jauh lebih berbeza berbanding sekarang,” kata salah  seorang daripada pakar bedah kepada pihak media China.
p/s : elakkan anak anda daripada bermain dengan benda tajam..bahaya