Kenapa Bunuh dia.....
Kejadian pukul 9 pagi di dalam kamar mahkamah itu berlaku apabila wanita  dikenali sebagai Valliamah, 70-an, memarahi R. Narayanan dalam bahasa  Tamil kerana didakwa menyebabkan kematian anaknya, Datuk R. Anbalagan  yang juga merupakan majikan tertuduh. 
“Kamu datang dari India dan bunuh anak saya, saya sudah habis  beribu-ribu untuk dia jadi peguam, kamu senang-senang bunuh dia,”  jeritnya sebelum dibawa keluar oleh anggota polis untuk ditenangkan oleh  ahli keluarganya.
Sebaik tamat prosiding, Valliamah sekali lagi mengambil peluang untuk  memarahi Narayanan ketika tertuduh dibawa keluar anggota polis dari  kamar mahkamah.
Narayanan, 24, didakwa membunuh Anbalagan pada 13 Jun lalu di Kuil  Sri Ramalingeswarari, Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini  pukul 9.30 malam dengan menggunakan parang selepas mendakwa majikannya  itu tidak membayar gaji selain menyimpan dendam.
Band baru mana yang korang support? Tonton dan Undi sekarang