Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan  terhadap  seorang wanita Indonesia selepas mengaku bersalah mencuri  pelbagai  barang  yang bernilai RM136.56, dua minggu lepas. 
Selain itu, Siti Salina, 44 juga mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
 Hukuman  tersebut dijatuhkan oleh Majistret Siti Shakirah Mohtarudin  setelah  tertuduh mengaku mencuri dua ikat petai, dua paket buah epal  Fuji,  dua  paket milo seberat dua kilogram dan dua  potong daging  sukiyaki.
Dia juga mencuri satu paket buah paktam pir South Africa dan satu   paket Australian Red Globe di pusat membeli belah Jaya Jusco, Mid Valley   di  sini lebih kurang 1.45 petang, 16 Jun lalu.
Timbalan  Pendakwa Raya, Muhamad Abu Hassan  Ramli mengemukakan  pertuduhan  mengikut  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan  penjara  maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut  Seksyen 6(1)(c) Akta   Imigresen 1959/63  (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah  Seksyen   6(3) akta sama yang boleh didenda  maksimum RM10,000 atau penjara   sehingga  lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak  lebih enam   kali, jika sabit kesalahan.
c.z : terdesak sangat ke sampai kena curi petai?????kan da terima padahnya....penjara..tak berbaloi 
