Buat malu profesion perguruan je....harap benda ni jadi pengajaran dan tak berulang di masa akan datang....
Mahkamah Tinggi Alor Setar Rabu mengekalkan hukuman lapan bulan penjara  terhadap seorang guru yang didapati bersalah 
meliwat dua pelajarnya enam tahun lepas.
meliwat dua pelajarnya enam tahun lepas.

“Setelah meneliti alasan pembelaan, saya dapati tiada keterangan  kukuh pihak perayu untuk menolak keterangan pendakwaan yang berjaya  membuktikan pertuduhan tanpa ragu dan mencukupi,” kata Mohd Zaki semasa  membacakan keputusannya.
Muhammad Nizar, 30, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan  mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu memaksa dua anak muridnya  berumur 11 tahun antara Mei 2003 hingga April 2004 di rumah nombor 497,  Taman Siswa 2, Jitra, merangsang dengan tujuan melakukan perbuatan  melampau yang salah mengikut seksyen itu.
Mahkamah Sesyen Alor Setar mendapati guru itu bersalah dan menjatuhi  hukuman penjara lapan bulan mulai 9 Mei 2010. Mahkamah itu juga  membenarkan Muhammad Nizar diikat jamin sebanyak RM35,000 dan seorang  penjamin sementara keputusan rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua murid itu mendakwa Muhamad Nizar memberi amaran kepada mereka  supaya perbuatannnya itu tidak diberitahu kepada sesiapapun tetapi  selepas dipaksa ibu bapa masing-masing barulah mereka memberitahu  perkara sebenar. 
Mana Satu pilihan Smartphone Korang???