Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak  Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan  jantina yang sama. 
Persekutuan lesbian
, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada  perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling  diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semuanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mereka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama.

