Seorang mak nyah yang juga penyanyi dikir barat tersohor  Kelantan didakwa bertindak kurang ajar apabila cuba menayangkan  kemaluannya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi  membuktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat  persembahan di sebuah tapak ekspo di bandar ini, Jumaat lalu.
   Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penyanyi berkenaan  melakukan perbuatan berkenaan bagi mengelak ditahan kerana kesalahan  berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak  ramai, namun kerenahnya tidak dilayan.
| SIASAT...penyanyi dikir barat berpakaian wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIK diambil keterangan. | 
   Penyanyi berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Insaf oleh  sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan  (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad  Amru dan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas  mendapat maklumat daripada orang ramai.
Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800.
Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800.
Sumber berkata, ketika ditahan, penyanyi itu tampil dengan pakaian seksi wanita hanya sempat mendendangkan dua lagu sebelum persembahannya dihentikan serta-merta sebaik diarahkan penguat kuasa agama berkenaan.