Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?
1. Kesedaran  
Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai  Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran  dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya  dari perbuatan ini. 
2. Jangan Marah  
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah.  Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita  lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan  bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan. 
3. Pahala  
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang  diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan  terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada  orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan. 
4. Rasai apa yang orang lain rasa.  
Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia  berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita  orang lain pun rasa cam tu jugak ler betul tak? 
5. Tempias  
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak  menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti Eh! tak  sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan  kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang berdiam diri  juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang  mengumpat itu. 
Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata  orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati  sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita. 
 
Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen