Apabila  wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam  dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai  kehadirannya dan memerhatikan gerak -geri nya. Kaum wanita turut  mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun  dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya.   
 Seperti juga lelaki,  apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan  tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang  menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak-geri nya. Sebagai  balasan, wanita mengharapkan respon positif daripadanya. Walau  bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk bertingkah  laku demikian.   
  |  
Selain  itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek  supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini  agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini  biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan  ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya  membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.  
 
Wanita  juga akan berketrampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki.  Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan  bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini,  walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa  paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan  penampilan tertentu.  
 
Kesempatan ini harus diambil oleh kaum  wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa  yang sama menjaga kesopanan diri. Ini kerana bagi lelaki, bagi  mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja  (wanita) asalkan wanita itu respon padanya dan dapat memenuhi keperluan  instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih  wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan  diri.  |