SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Khabar Gembira buat Peminjam PTPTN

Khabar Gembira buat Peminjam PTPTN

Assalam semua..selamat petang...
ada sikit buah tangan buat graduan-graduan yang memegang title  PEMINJAM WANG PTPTN...seperti kita sedia maklum sekarang ni susah nak dapat kejer...kalau kuar U kejer tak konpem lagi dapat...jadi peminjam actually student nak bayar pakai jadi kerajaan Malaysia aka pihak PTPTN dah memberi kelonggaran kepada peminjam dengan tempoh pembayaran semula yang dipinjam,....bayar memang tetap bayar cuma masa yang diambil tu jelah...lagi lama lagi membebankan so kepada sesiapa yang masih lagi tak bayar terutamanya yan sudah kerja bayar la yer...bagi peluang untuk orang lain pinjam pulak...kalau si peminjam tak bayar camne generasi seterusnya nak dapat duit....betul tak???

baca artikel berita kat bawah ni untuk lebih faham dan lepas  baca jangan lupa yer...tinggalkan komen dan pendapat...sekurang-kurangnya saya tahu adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan ini atau sebaliknya..
PTPTN Lanjut Tempoh Bayaran Balik Sehingga 30 Bulan
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu.
"Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.
"Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk dipertimbangkan.
"Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya.
Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman PTPTN. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir