SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Laporan Dokumentasi...Konvo....

tadi rumate aku..dapat panggilan dari salah seorang clasmate prempuan utk ambik maklumat berkaitan laporan yang perlu disiapkan oleh kami berlima berkaitan majlis konvo yang telah berlansung pada hari Sabtu yakni semalam lah..hehehehe....pas blik dr makan aku tgok de sekeping A4 putih tertulis laporan yang pelbagai dan seterusnya nama orang yang akan menyiapkannya....aku as Ajk Dokumentasi semestinya kena wat laporan bahagian dokumentasi.....laporan yang disediakan meliputi aspek perancangan program, pelaksanaan program dan penilaian program yang berkisar tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan program....selepas aku edit ckit video n tgok jap...aku trus wat benda alah tu....cz esok diorang dah nak kutip..aku citer jer..apa yang leh citer.,...walaupun idea xde dalam kepala ni...hehehe..bantaila labu...

ni screenshot laporan aku...hehehhee

Slide Persaraan Pn. Ramoh....Hampir Siap...

Salam semua...
ku bru pas pekena makan malam nasi goreng kampung, telur dadar n teh o air....di mana aku pekena???dkt je area Kolej Polytech Mara Bangi....dekat Kedai Makan yang mesra dikenali sebagai restoran Hijau kuning...tu pun kawan aku yang bgtau....dia kata cz kdai tu kepunyaan orang hijau kuning ( Kedah )...rega ( price ) kat ctu not bad murah jugak la cz kne rm 5 jer...kalau kat tempat len myb dlm rm 6 cmtula...hehehe

berbalik kita kepada tajuk utama ( cm forum plak )...slide persaraan dah nk siap....hanya perlu edit caption atau kata2 bagi setiap gmbr pastu edit effect n transition bg gempak ckit...hehehhee....ap lagi ek???apa lagi aku nk merapu kat cni yer..hehehe...


knpe aku perlu siapkan slide ini dengan cpat???nk tau x???cz esok isnin...01 november 2010...Pn. Amali nk tgok hasil kerja aku ni..tapi bahagian penerangan tentang diri Pn. Ramoh masih x lengkap...xpelah..esok aku tunjuk kat die..pastu aku gtau ad lagi yang xckup ni..n nak edit semula...hehehe..pagi selasa aku tunjuk yang dah btul2 complete...hehehe....kalau nk tgok video yang telah ku siapkan jgn lupa baca post aku pasni..aku akan post video sekali..hehehehe...klah nak smbung wat slide tu dulu..salam semua..take care...lov u all.



NexT EvenT....watch Out

huhuhuhu...after konvo preschool event had done..now next event will coming next tuesday...event for Pn. Ramoh....my naqibah...video masih xwat ap2 lagi..aduhai...maklumat ttg Pn. Ramoh pun xambil lagi..huhuhuh...cmne yer..gmbr dah ade dah..hehehehe...nk kne scan pastu...masuk dalm vid...nk kne cut video yang JTP buat...pastu msuk sama dalam video..agar lebih gempak..hehehehehe...hrp2..esok pagi boleh la mula wat...cz hrini nk relax pas selesai event konvo td..hehehee....

Berakhirnya Sebuah Konvokesyen

hai semua..apa khabar????
 
sory take a long time to update  information in dis blog...hahaha...bz memanjang cm vip lak...kih3...hrini Sabtu...30/10/2010..telah berlaku satu event iaitu Konvokesyen Prasekolah Tadika Halimatus Saadiah...yang telah berlangsung di Dewan Marbawi IPG Kampus Pendidikan Islam... Majlis Konvo ini diuruskan oleh Pismp Prasekolah sem 6 dibantu Pismp sem 4 dan juga adik junior Ppismp prasekolah ambilan jun 2010.....aku telah ditugaskan utk merakamkan segala pergerakan majlis dengan video cam..cz aku ketua ajk dokumentasi while 2 junior di bawahku..hanya mengambil gmbr perjalanan majlis...


ok x?????

tema konvo kali ini ialah " 1001 malam " dimana aku telah mengenakan sepasang jubah dan juga serban yang diletakkan di bahagian leher...hehehehe...terdapat mcm2 persembahan yang dipersembahkan oleh adik2 prasekolah. antaranya ialah bercerita, nyanyian, pentomen, tarian dan bercerita.. hanya diberi masa selama 3 minggu bagi melatih kanak2 ini....pergerakan majlis berjalan dengan lancar dan mendapat pujian oleh pensyarah yang hadir....majlis telah tamat jam 10 pagi dengan berakhirnya persembahan tarian....selepas tu...apa lagi sesi fotografi la...dengan pakaian yang ala2 arab gitu...semuanya dah mcm artis2 yg datang ambik anugerah..hehehehee....kelas ku turut bergambar bersama2..sebagai tanda kenangan....

bergambar bersama junior...hehe
   
muka pnat jew..hehehhe



KeRJa Oh KerJa.....

hurm...kadang2 pnat jugak kan nak menyiapkan kerja yang diberikan...cmne ye nk qoyak ( bahasa kelantan yang bermaksud gtau )...hahahaaha....yelah...kdg2 rasa cm terbeban plak...huhuhu...tapi bila orang dah tgok kelebihan yang ada kat diri kita ( cm aku ni yang pndai create video) jadi cm susah lak cz kdg2 demand manusia terlalu tinggi melampaui kemampuan kita...huhuhu....hujung minggu ni nak kne siapkan video persaraan..sape lah nak tolong aku yer..satu ape xmula lagi....cmne yer...ap2 pun yang pnting time hari nak guna tu..bnda tu aka video tu perlu siap...kalau x hbisla ( atau xmeriah la majlis )..hehehehhehhe...

namun begitu...apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengumpulkan bahan terlebih dahulu...tadi dah jumpa dengan Pn. Ramoh ( Naqibah aku like cm guru kelas la atau mentor )..dia la yang akan bersara nanti....hehehee...dia da bg gmbr tapi dia save dlm power point....aku dah save skli prob xleh buka fail...aduhai...Tension....xpe2....DUGAAN....BE PATIENT yer...jgn mudah mrh..

lagi satu sibuk dengan MaJLis KonVoKesyen PrASeKolaH yang akan berlangsung pada sabtu ni...xtinggal bpe hri je...huhuhuhu....aku perlu handel bahagian dokumentasi...ini bermaksud semua yang berkaitan dengan ambik gmbar, video dan sebagainya...semua under aku...yang dibantu oleh dua orang junior..farhana dan hasnah....n aku juga mendapat tugas utk mengetuai bacaan doa hari tu..masuk yang ini...dah kali ke -3 if xsilap aku jadi pembaca doa utk majlis sedemikian..hehehhehe....

mcm2 kerja yang perlu dibuat kan...dengan study yang x bermula apa2 lagi...hahahaah....hrp2 semuanya berjalan dengan lancar dan baik....Amin...

aDa LagI yANg mENanTI.....

fuhh....setelah hampir seharian berjaga malam setiap kali tiba masa nak hantar esemen ( tarikh keramat 18 n 22/10/2010) ..y i kol s keramat cz @ dat date aku x tido langsung bermula dari pagi smpai pagi nyer...sibuk nk siapkan esemen yang perlu dihantar iaitu 18hb - prasekolah penilaian dan 22hb - prasekolah penglibatan ibu bapa dalam prasekolah.....hurm...pnat jugak la berjaga ni...yelah sibuk nk edit...nk wat refleksi, muka depan, isi kandungan, bibliografi..boleh kata semua benda la nak wat dalam satu malam....2 tugasan esemen dah siap hntar now....Coming tugasan len.....

antara tugasan tersebut ialah:

1. KOnVoKEsyeN PraSekolah Tadika Halimatus Saadiah - 30/10/2010 - Sabtu
2. Menyiapkan Video Persaraan Pn. Ramoh aka Naqibah kelasku.....- 03/10/2010 - selasa
3. Menghantar Dokumentasi Konvo ( cz aku AJK Dokumentasi )....- 02/10/2010 - Isnin

setakat tarikh ( 26/10/2010 ) ini saje yang tugasan diberikan....hrp2 dipermudahkan urusan tersebut olehNya....Amin.....

Nasi Arab...

salam....hai semua...
ku bru blik solat jumaat dr msjid dalam kmpus...smpai jer kat bilik tringat kat nasi arab....nasi arab yang dbritahu oleh lecturer aku....cz t semua kne sama2 memasak nasi arab tuk dijadikan menu time konvo yang akan dilaksanakan oleh student2 yang ambk kos pengajian prasekolah...pnh x korg makan nasi arab ni...apa rasanyer...dalam imbasan ku...rasa cm x pnh..kih3....tau x cmne nak wat????
xpe...aku da search kat google resipi nasi arab...jom baca...kot2 la leh wat k...t xla susah..hehehhe

resipi nasi arab- credit to http://resepi.mesra.net/Detailed/5199.shtml


Bahan-Bahan:
1kg beras basmathi
1 paket perencah briyani maggie
½ ekor ayam (dipotong kecil)
1 labu bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
½ cawan susu cair
2 sb sos tomato
minyak sapi utk menumis
kismis
air secukupnya utk memasak nasi
Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
Cara:
1. Perapkan ayam dgn perencah briyani maggie (2-3 jam)
2. Kisar bawang besar, halia dan b.putih
3. Tumis b.lawang, buah pelaga, kulit kayu manis & bunga cengkih dgn minyak sapi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi. Tambahkan garam secukup rasa. Apabila separuh masak, tutupkan api.
5. Sementara itu, bersihkan beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk, gaulkan beras dgn sos tomato & masukkan susu cair.
6. Masukkan pula ayam yg telah dimasak tadi, dan masukkan air secukupnya.
7. Tanak nasi sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan dengan dalca, jelatah dan daging masak berserai...

HANTARAN AL-QURAN

HANTARAN AL-QURAN

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

UjiAN piANo



salam semua..
bru jer habis ujian piano...pergh...takut giler b4 nak men td....aduyai...kne men tangganada c major, f major, g major, broken kord,arpegio...hehehee....semalam sempat la berlatih sekejap dengan menggunakan kibod romate ku Si Ikmal...tq Ikmal...hehehhe...cz memberi pinjam dan menunjuk ajar kpadku bagaimana bermain kord dan memainkan kord smbil menyanyi...selalu berlatih men kibod tetapi disebabkan xde letrik so kne la men guna piano

...pergh...terkejut jugakla....namun tawakal jelah...hehehehe....slen drpad tu kne men lagu sama....tajuk lagu yang dimenkan oleh aku. ialah "Nasi Lemak"..satu lagu yang hanya menggunakan kord c dan g secara bersilih ganti....semuanya pada awalnyer agak gementar...mklumla takut gagal...hhuhuhhuh....kita dah berusaha dan berdoa jadi bertawakal sahaja kepadaNya agar dipermudahkannya....komen yang diberikan oleh lecturer muzik, En Isa...nak tau x???komen yang diberi ialah kedudukan tangan ketika bermain masih ada masalah...nmun mendapat sedikit pujian ( bukan nak membangga diri ) ketika bermain kord bagi lagu "nasi lemak" dengan diiringi nyanyian oleh kawan-kawan....so..dah lepas ujian yang selama ini agak gementar....esok rabu ( 06 oktober 2010 ) ad kuiz utk muzik plak...wish me luck...hehehe....

sama2 kita baca,hayati dan sebar2kan

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini.

Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti.

Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.

Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?

Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.

Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.

Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.

Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.

Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).

Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.

Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.

Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.

Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.

Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.

Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.

Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.

Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." - An-Nur: 32

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.

Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-

"Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32

Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat Syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Beliau bersabda:

"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.

Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.

Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.

Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.

Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-

"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.

Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.

Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari

Open House dan Naj Othman

salam.....mornink semua...harini Ahad....tengah hari japgi nak g open house @ Kajang dan Putrajaya.....rumah kwn n cikgu pembimbing time prktikum 2 bulan sem lepas..semalam g makan2 aka open house yang melibatkan student klas prasekolah sem 6 jew....kelas aku jew...lecturer prasekolah wat....Pn Amali..tq puan atas hidangan spagheti n makaroni serta rojak yang sedap....wlupun secara kcil2 jer,...tapi yang penting kita leh eratkan ukhwah...hehehee....

semalam janji kul 2 nk gerak....aku ingtkan aku ngn lan jew nak pergi sana...skli tetiba sitra pun nak ikut jugak..terpkasa la tgu die...cz dia xtau jalan...dia ckp nk g bnk dulu ambik duit ngn junior...huhuhu...sklai 2.30 xblik lagi....2.35 bru blik...aku disuruh oleh yan utk beli buah2 utk dibagi kat puan...sbg buah tangan...ibrt kata pepatah " org berbudi kita berbahasa".smpai di rumah puan jam 3 lebih jugak after sesat...hehehee....yelah...1st time pergi...kala sesat leh dimaafkan lagi kan....btul x????makan2 tamat jam 4 leboh cz puan nak kuar...jadi kami pun mintak diri...semua dtg semalam kecuali ikmal,hafiz, n kak akmal....sebelum puan blik dpt la duit raya sorg rm2....yang xpergi pun dapat jugak...hehehe...siap dapat bekalan makanan lagi..hehehhee....

Diari Hidupku- 01 Oktober 2010- Bahagian 1

hari ini cm biase ....Jumaat 01 Oktober 2010

6.45 pagi'
-hari ini agak lwat aku bangun....tu pun dalam 6.50 bru ku bngun..mengantuk....hehehe....yelah maunyer tak mengantuk...tidur kul dekat jam 4 pagi...selamatla petang tu dah cover tidur sejam...kih3....cm biasa....kul 6.55 bru solat subuh...ish3....apa la nk jadi dengan diri ini...terlalu lalai dan jrg mengingatiNya...menunaikan suruhanNya dengan sewenang2nyer....

7.35 pagi
mcm biase hari ni jumaat, maka dekat msjid ada bacaan Al-Quran secara beramai-ramai...namun apabila kuar je bilik...teringat aku dah lewat kalau lalu depan rumah warden konpem warden berdiri tgu pelajar yang lewat....hur....aku mengintai dr depan toilet yg nmpak umah warden....rmai gak yang dah kne tahan...kerana lambat...kalau aku turun konpem kne jugaj siap kne tulis nama lagi....aduyai....aku ambek keputusan utk lepak bilik dulu bila line dah clear bru g kelas...

8.30 pagi..
kne turun jugak g klas...kalau x lagi msalah...hurm..ad lagi dalam 6 orang yang seangkatan dengan aku...apabila lalu depan rumah warden..sekali warden tgh tgu berdiri terpacak depan jalan...aku yang jalan tanpa pikir sekeliling wat xtau jer...sekali kwn2 yang depan ku berhenti..plik...skli aku toleh kanan warden tu tgh perhati aku dan kawan2...apa lagi...cm biasa la....kne la berleter...aduhai tensen gak kepala otak ni.....kalau aku dapat solotape mukut dia best ckit...padan muka...aku masih ingat soklan dia yang buat aku bngang,....tapi aku diam jer..hormat kalau dia sama ngn aku conpem kne.....dia tnya aku "kos pa?"...aku pun jwbla "prasekolah". pastu dia pun kata " ajar budak2 jgn perangai pun ikut budak2 jugak". .ingat aku saja2 nk lewat.....cibai tul....tu la tau menghukum jer...bukan nk tnya sebab....tu la namanyer ustaz tapi belajar pedagogi masuk tlinga kanan kuar telinga kiri........aku n kwn2 dilepaskan pas dia dh pnat berleter....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir